background

Isnin, 16 November 2009

MINGGU TERAKHIR PERSEKOLAHAN

Assalamualaikum semua guru-guru terutama yang mengajar di SKKM.

               Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan bagi tahun 2009.Segala kenangan pahit dan manis sepanjang pengajaran pada tahun ini diharap dijadikan tauladan dan pengajaran kepada kita. Sesungguhnya pengalaman merupakan guru yang terbaik dan mematangkan kita dalam membuat sesuatu keputusan.

                Tahun hadapan akan bermula satu lembaran baru dengan teknik pengajaran baru yang mungkin boleh menaikkan prestasi sekolah. Diharap dengan bermulanya cuti sekolah ini, semua guru-guru dapat merehatkan otak, badan, fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran yang mendatang.Berehatlah dan bercutilah bersama keluarga tercinta agar kalian semua hidup bahagia di dunia dan diakhirat.

Jumaat, 23 Oktober 2009

UJIAN KIA TAHUN 1 2010

Esok bersamaan 24hb Oktober 2009 akan dijalankan ujian Kia untuk murid tahun 1 2010. Dijangkakan seramai 855 orang murid tahun 1 2010 akan menduduki ujian tersebut. Bersama-samalah kita menghadapi kebanjiran murid yang begitu ramai di SK Kota Masai...Kepada guru-guru yang berkhidmat di SK Kota Masai, diharapkan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Semoga usaha kalian memberikan impak positif yang besar kepada masa depan anak-anak bangsa kita ini...