background

Khamis, 28 Oktober 2010

KITA DAH BALIK......DARI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM

Assalamualaikum semua..




Rombongan kami telah sampai ke sekolah pada pukul 9.30pm hari isnin, 18.10.10 yang lalu...penat sangat tak terkata.Apa-apa pun semuanya berjalan seperti yang dirancang.Murid-murid yang terlibat dalam rombongan ini pun tidak memberikan apa-apa masalah kepada kami selaku guru pengiring mereka.Banyak tempat-tempat menarik yang telah kami kunjungi dan saya rasakan semua tempat yang kami kunjungi berbaloi dengan bayaran.


2 malam pertama iaitu di KL kami menginap di Apartment UKM, manakala 1 malam seterusnya kami bermalam di Orang Asli Lodge. Pengalaman di Orang Asli Lodge sangat menarik.Satu pengalaman baru bagi kami semua.Walaupun kaki terasa denyut-denyut kesakitan kerana banyak berjalan tapi keseronokan jelas terasa.


Antara tempat-tempat yang kami kunjungi ialah:


1. Aquaria
2. Petrosains KLCC
3. Menara Kuala Lumpur
4. Taman Tasik Perdana
5. Tugu Negara
6. KL Bird Park
7. Muzium Negara
8. Kraftangan Negara
9. Putrajaya
10.Ladang boh di Cameron
11.Big Red Strawberry Farm
12. Cactus
13.Mardi Cameron


Oleh yang demikian tanpa melengahkan masa mari kita layan gambar-gambar yang sempat diambil ketika berada disana.