background

Rabu, 4 Mei 2011

PENGALAMANKU SENDIRI DI BETING BERAS BASAH

Perjalanan kami ke Bagan Datoh bermula dari pukul 3 pm dari Bandar Kuala Lumpur. Hati berdebar2 menanti apa yang bakal berlaku disana nanti. Perjalanan mengambil masa selama 2 jam setengah untuk sampai ke pekan Bagan Datoh. Tepat pukul 5:30 pm kami sampai kesana. Sebelum menuju ke tempat tujuan kami, kami dikehendaki melaporkan diri dan no plat kenderaan kami di Balai Polis Bagan Datoh. Sempat juga pegawai polis berkenaan mengingatkan kami agar jaga tutur kata dan jangan berniat yang kurang baik ketika sampai disana. Nanti susah mereka. Kata-kata pegawai polis berkenaan menggetarkan lagi hati saya yang telah sedia debarnya sejak tadi.

Selepas itu kami mengambil beberapa botol air masjid Bagan Datoh untuk dibawa ke destinasi kami. Sambil menunggu beberapa lagi rombongan yang juga akan kesana..kami mengambil keputusan untuk menikmati keindahan laut di jeti Bagan Datoh. Jam telah menunjukkan pukul 6:30 pm. Namun kelibat rombongan belum lagi tiba. Tiba2 Tok Samad yang mengetuai rombongan kami menerima panggilan yang mengatakan rombongan lambat sampai kerana mengalami kemalangan kecil. Kami menunggu dengan penuh sabar dan berdoa agar Allah SWT menjauhkan perkara2 yang tidak baik dan memudahkan urusan kami. Sementara menunggu rombongan itu sampai beberapa lelaki termasuk suamiku mengambil keputusan untuk minum dulu di kedai makan berhampiran. Hampir pukul 7:00 mlm rombongan tadi pun sampai. Ingatkan sesampai sahaja mereka, kami akan terus bertolak. Tetapi sebaliknya yang berlaku, mereka juga berhenti minum dan sibuk bercerita tentang kemalangan yang berlaku sehingga tidak perasan jam telah menunjukkan pukul 7:45 mlm. Suami dan adikku berasa gelisah mengenangkan mereka yang lambat itu tidak memperdulikan langsung tentang org yang menunggu meraka sedari tadi. Semua yang menunggu di dalam kereta berasa geram dan marah atas kelewatan mereka.

Adikku mengambil keputusan untuk memanggil mereka yang masih lagi berada di kedai makan agar segera bersiap supaya kami sampai segera ke destinasi yang dituju.
Akhirnya semua kami berangkat.Hatiku semakin berdebar.Anakku pula menangis sebab mengantuk dan akhirnya tertido diatas pangkuanku. Sesampai sahaja di pintu masuk beting, suasana seram menerjah ke mukaku. Kulihat sekeliling, gelap gelita. Kakiku terasa tercucuk duri tapi bila kulihat, tiada apa kesan pada kakiku. Aku mendiamkan diri tanpa bertanya apa2 kerana sudah dipesan agar jangan menegur apa2 yang nampak dan rasa.

Kami berjalan bersama-sama membawa beg dan air masjid tadi. Kami telah ditentukan kedudukan masing2. Hujan terus turun membasahi bumi. Aku risaukan anakku yang sedang nyenyak tidur. Aku bawa sekali stroller anakku supaya memudahkan urusanku. Anakku tidur di dalam stroller yang kubawa. Selepas selesai menunaikan solat jamak dan solat hajat, aku berzikir dan memohon keampunan dari Allah SWT. Aku terus mengabdikan diriku pada Allah dan terasa hatiku tenang dan damai. Suasana sunyi sepi hanya terdengar bunyi serangga malam, katak, burung laut, nyamuk yang banyak. Sedang aku berzikir, anakku menangis, lalu aku meriba dan memeluk anakku menenangkannya.

Tiba2 aku terdengar satu suara memberi salam padaku. Aku menyambut salam itu. Hatiku berasa ketakutan dan dalam masa yang saya satu perasaan berani hadir dalam diriku apabila aku berserah semuanya pada Allah SWT dan mulutku tidak berhenti dari zikirullah. Satu suara kuat yang memecah kesunyian malam. Anakku menangis sekuat hati apabila mendegar suara itu. Aku terus memujuk anakku. Suara itu menyuruh aku dan anakku mandi di sebuah telaga yang dikenali sebagai Telaga Raja. Tanpa berlengah aku terus membawa anakku dan kami mandi bersama. Kekok rasanya hendak mencedok air telaga sebab tak pernah mandi air telaga. Cuma yang peliknya air telaga ini berasa masin. Anakku terus menangis. Sebaik selesai mandi, anakku bersuara”sejuk”. Aku tersenyum sendirian mendengarnya.

Sebaik selesai mandi, aku membawa anakku ke atas sejadah kami dan menyiapkan diri. Hairannya anakku tidak menangis lagi selepas itu dan seolah2 tidak mendengar kehadiran suara itu. Suara itu terus berjumpa dengan setiap orang daripada kami. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza, ada yang diurut badannya oleh nenek kebayan. Ada yang badannya diurut oleh sang buaya putih. Akhirnya, suara itu menyuruhku menjaga anakku sebaik mungkin dan memberikan anakku didikan Islam yang sempurna. Istana akan memberikan sesuatu untuk anakku. Hanya aku sahaja yang tahu apakah pemberian istana itu. Itu adalah amanah dan tidak boleh dikongsikan dengan sesiapa.

Banyak lagi kejadian pelik yang berlaku disana. Tetapi saya rasa ada sesuatu yang menghalang saya agar tidak menulisnya. Apabila mendengar cerita saya, anda pasti akan mengatakan saya gila. Tapi hakikatnya hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang akan percayakan cerita saya ini. Percaya pada perkara2 ghaib adalah salah satu dari RUKUN IMAN. Manusia diciptakan oleh Allah SWT, begitu juga mereka. Otak manusia tidak akan dapat berfikir lebih dari jangkauan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Saya tidak meminta anda untuk memberikan apa2 komen pada cerita dan pengalaman saya ini. Saya cuma mahu berkongsi apa yang pernah saya alami agar kita sama2 menghayati hukum alam dan ciptaan Allah SWT disamping meningkatkan lagi keimanan kita pada Allah SWT. Amin..........................