background

Rabu, 4 Mei 2011

BETING BERAS BASAH

Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja.


Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.

Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad ( putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini





Rabu, 6 April 2011

NOVEL MENARIK UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Assalamualaikum kalian....

Dah berbulan rasanya saya tidak menerjah ke blog kesayangan saya ni....nampak bersawang-sawang. Almaklumlah sibuk jek memanjang dengan pelbagai aktiviti yang berada di sekolah dan hujung minggu. Dalam pada kesibukan tu...sempat juga saya meluangkan masa membaca beberapa buah novel yang begitu menyentuh hati dan perasan. Ingin saya kongsikan disini novel yang perlu anda semua baca iaitu novel yang berajuk "DOKTOR CINTA". Kisahnya sangat melucukan dan diklimaksnya suatu pengalaman yang sangat menyentuh persaan. Anda tidak akan sesekali skip mukasurat novel itu kerana setiap mukasurat novel tersebut menjanjikan kisah yang sangat menarik utk dibaca.Rugi rasanya kalau skip....anda tidak akan dapat meneka siapakah "Doktor cinta" yang sebenarnya....Belilah sebuah  hari ini utk tatapan anda dikala lapang.Best....memang best.....

Khamis, 28 Oktober 2010

ni lg gambar2nyer





KITA DAH BALIK......DARI PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM

Assalamualaikum semua..




Rombongan kami telah sampai ke sekolah pada pukul 9.30pm hari isnin, 18.10.10 yang lalu...penat sangat tak terkata.Apa-apa pun semuanya berjalan seperti yang dirancang.Murid-murid yang terlibat dalam rombongan ini pun tidak memberikan apa-apa masalah kepada kami selaku guru pengiring mereka.Banyak tempat-tempat menarik yang telah kami kunjungi dan saya rasakan semua tempat yang kami kunjungi berbaloi dengan bayaran.


2 malam pertama iaitu di KL kami menginap di Apartment UKM, manakala 1 malam seterusnya kami bermalam di Orang Asli Lodge. Pengalaman di Orang Asli Lodge sangat menarik.Satu pengalaman baru bagi kami semua.Walaupun kaki terasa denyut-denyut kesakitan kerana banyak berjalan tapi keseronokan jelas terasa.


Antara tempat-tempat yang kami kunjungi ialah:


1. Aquaria
2. Petrosains KLCC
3. Menara Kuala Lumpur
4. Taman Tasik Perdana
5. Tugu Negara
6. KL Bird Park
7. Muzium Negara
8. Kraftangan Negara
9. Putrajaya
10.Ladang boh di Cameron
11.Big Red Strawberry Farm
12. Cactus
13.Mardi Cameron


Oleh yang demikian tanpa melengahkan masa mari kita layan gambar-gambar yang sempat diambil ketika berada disana.









Rabu, 13 Oktober 2010

La...la...la.....bercuti di KL dan Cameron Highlands

Esok pagi..kami guru-guru Tahun 6 dan murid-murid tahun 6 yg terlibat akan bertolak ke Kuala Lumpur. Mmmmmm....apa???? pukul 4 am berada di sekolah?????????ooooooohhhhhhh tidakkkkkkkk.....mampukah aku bangun seawal itu dan bertolak dr rumah ke sekolah.....huhuhuhuhu....apa-apa pun demi keselamatan anak-anak muridku akn ku gagahkan juga bangun awal dan sediakan pape yg patut......

Anyway....jumpa lagi selepas saya pulang dr Cameron Isnin ini...Bye.....
DOAKAN KESELAMATAN KAMI PERGI DAN BALIK..

Rabu, 6 Oktober 2010

PUDING ROTI

Bahan-bahannya:

10 keping roti gardenia (dikoyak 4 atau 6)
1 biji telur
500ml susu cair/susu segar
2 sudu besar butter
5 sudu besar gula pasir
1 sudu teh vanilla
buah campur @ kismis

Cara membuatnya :

1. loyang glis dengan butter.
2. susun roti selapis, tabur sikit kismis.
3. campur campuran (susu, butter, gula dan telur) sikit-sikit sampai roti terendam.
4. ulang lagi cara ini untuk lapisan berikutnya sampai habis roti dan susu.
5. tekan sikit-sikit roti supaya roti meresap dengan susu.
6. tabur kismis pada lapisan yang paling atas
7. sapu sedikit butter pada permukaan atas roti.
8. bakar pada suhu 180c selama 30 minit.

SELAMAT MENCUBA!!!!!

Selasa, 5 Oktober 2010

RUMAHKU SYURGAKU**HOME SWEET HOME**

Telah menjadi trend masa kini...kebanyakan perabot adalah berkonsepkan English Design. Oleh yang demikian pada raya tahun ini..kami sekeluarga telah menukar konsep interior design rumah kitaorang kepada konsep Inggeris. Semua sedia maklum barangan berkonsepkan Inggeris agak mahal harganya di pasaran. Jadi kami telah memikirkan cara bagaimana menghasilkan barangan berkonsepkan Inggeris dengan modal yang sedikit.

Maka inilah hasilnya.....Let's have a look.....
Ini semua adalah hasil tangan suami tersayang....untung dapat suami rajin  macam ni...