background

Isnin, 4 Oktober 2010

KEK OREN MOIST

Pada hari raya yg lepas....saya telah menyiapkan 2 adunan kek oren yg sedap lagi lazat..sehingga mendapat pujian dari ramai pihak.Oleh yg demikian...disini saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan dan sahabat handai resepi ini....




Bahan-bahannya :

1 bar butter
1 cawan gula castor/halus
4 biji telur
1 cawan susu segar
2 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1 camca teh esen vanilla
2 sudu pati oren (jenama double lion)
sedikit parutan kulit oren (1 biji oren sunkist)

Cara-cara membuatnya:

1. pukul butter dan gula menggunakan mixer.
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
3. masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kaup   
    menggunakan senduk kayu sahaja.(jgn gunakan mixer).
4. masukkan esen vanilla, pati oren dan parutan kulit oren dan kaup.
5. masukkan susu segar dan kaup lagi.
6. setelah adunan sebati, masukkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu dengan butter.
7. bakar adunan dengan suhu 180c selama 40 minit.